Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

4 August 2010

Isteri dan SUami

Ayuh..kite renung2 kan bersame
sharing is caring
n caring is loving

Wahai suami…renungkanlah
Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah
Tidaklah setakwa Aisyah
Tidaklah setabah Fatimah

Justeru,
Isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita- cita menjadi solehah…
Pernikahan atau perkahwinanmengajar kita kewajipan bersama
Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya
Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan , kamu gembalanya
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya
Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya
Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya
Saat isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya
Seandai isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya…

Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita,
Perlunya iman dan takwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t
Kerana
Memiliki isteri yang tidak sehebat mana
Justeru
Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w
Pun bukanlah Saidina Ali Karamallahhuwajhah
Cuma
Suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh…
Amin…
Wahai isteri pula…renungkanlah
Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad s.a.w
Tidaklah setakwa Ibrahim
Tidak setabah Ayyub
Tidak segagah Musa
Apalagi setampan Yusuf

Justeru
Suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita- cita menbangun keturunan yang soleh…
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama
Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya
Suami nakhoda kapal, kamu pengemudinya
Suami bagaikan pelakon yang nakal, kamu adalah penonton kenakalannya
Saat suami menjadi raja, kamu nikmati anggur singgahsananya
Sekira suami menjadi bias, kamulah penawar ubatnya
Seandainya suami bengis lagi lancing, sabarlah memperingatkannya…

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita,
Perlunya iman dan takwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t
Kerana
Memiliki isteri yang tak segagah mana
Justeru
Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna dalam menjaga
Bukanlah Hajar yang begitu dalam sengsara

Cuma
Isteri akhir zaman yang berusaha menjadi solehah…
Amin…

Justeru itu
Wahai suami dan isteri
Jangan menuntut terlalu tinggi
Seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya

Suami dan isteri ingatlah
Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah
Andai diri tidak semulia Rasulullah s.a.w
Tidak perlu isteri secantik BalqisAndai diri tidak sehebat Sulaiman
Mengapa mengharapkan suami sekacak Yusuf
Seandai kasih tak setulus Zulaikha
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim
Andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah..


p/s: saye plan nk print out tis thing..one for me n one for naza..supaye menjadik panduan for both of us..Amin

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...